MADODONG FOOD FEST CIPTA REKOD CATAT LEBIH 25,000 PENGUNJUNG

1/27/2025

LAHAD DATU, 27 Januari 2024 –(LDinsider) MADODONG FOOD FEST yang berlangsung selama 4 hari di Kompleks Sukan Lahad Datu baru-baru ini mencatatkan kejayaan luar biasa dengan kehadiran lebih kurang 25,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat sepanjang tempoh program berlangsung.

- Beginilah keadaan pengunjung setiap hari program MFF LahadDatu berlangsung

- Macik Rina Madodong, individu yang paling menjadi tumpuan semasa program -

Selain mempromosikan beberapa hidangan tempatan dan makanan viral dari Semenanjung, festival ini turut disemarakkan dengan pelbagai pengisian menarik seperti persembahan nyanyian, cabutan bertuah, pertandingan lumba makan, gusti lengan, serta pertandingan tarian tradisional igal-igal yang mendapat perhatian ramai, terutamanya daripada generasi muda.

Melihat kejayaan dan impak positif festival ini, Muhamad Sawal bercadang untuk menjadikan Madodong Food Fest sebagai acara tahunan atau bahkan dianjurkan setiap suku tahun. Beliau berharap program ini dapat terus membantu meningkatkan ekonomi para peniaga tempatan serta memberi manfaat kepada Festival ini juga mengangkat budaya makanan tempatan dan luar daerah ini turut menggabungkan elemen-elemen tradisi dan moden sektor lain seperti pengusaha kereta sewa dan homestay di Lahad Datu.

Program ini dianjurkan oleh Muhamad Sawal Bin Lansang dengan kerjasama MMG Quality Motor dan MyCar. Ssebanyak 54 vendor mengambil bahagian, termasuk 26 dari Semenanjung Malaysia, 25 dari Sabah dan Sarawak, serta tiga vendor tempatan dari Lahad Datu.

- BERITA & PELAPORAN OLEH | GBUMS LDinsider

Pengarah festival tersebut, Muhamad Sawal Bin Lansang ketika dihubungi berkata bahawa Perkataan "Madodong" yang dipetik dari Bahasa Suku Bugis yang bermaksud "lemah / lemas" membawa makna simbolik tentang bagaimana festival ini telah berjaya membuat hati masyarakat ‘lemas’ dengan keunikan dan pelbagai hidangan menarik yang dijual dan disediakan.
Katanya lagi, melalui sambutan masyarakat acara ini bukan sahaja meriah dengan pelbagai pilihan makanan, tetapi juga mencipta satu fenomena sosial yang luar biasa
“Sebagai penganjur, saya sangat terharu dan teruja melihat sambutan hangat masyarakat terhadap festival ini. Kehadiran orang ramai dari pelbagai tempat membuktikan bahawa program seperti ini dapat menjadi platform penting untuk menyokong peniaga kecil dan memperkenalkan budaya makanan kita ke peringkat lebih luas,” katanya.

“Sambutan hangat yang kami terima memperlihatkan bagaimana sebuah acara boleh menjadi pemangkin yang besar dalam dalam menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya lagi, selain memberikan peluang kepada warga tempatan untuk mempelajari teknik penyediaan makanan serta memahami selok-belok perniagaan vendor, dalam setiap hidangan, menjadikannya satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan oleh penduduk setempat.

Sawal & Macik Rina tulang belakang utama kejayaan program MFF Lahad Datu

Madodong Food Fest telah membuktikan bahawa melalui sokongan komuniti dan perancangan rapi, sebuah acara kecil boleh berkembang menjadi satu fenomena besar yang bukan sahaja meriah tetapi juga memberi manfaat ekonomi kepada semua yang terlibat

- GAMBAR | SAWAL / LAHAD DATU INFO FB PAGE