





MANGSA BANJIR KONGSI PENGALAMAN BERHARGA, PUJI SISTEM PENGURUSAN JPBD
KAKITERJAH
2/2/2025
LAHAD DATU, 2 Februari 2025 –(LDinsider) Musibah banjir yang melanda daerah Lahad Datu pada 29 Januari yang lepas menyebabkan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lahad Datu. Sebanyak 3 Pusat pemindahan dibuka iaitu di SMK Terusan, Kolej Pertanian AVTC, Kolej Vokasional Lahad Datu dengan merekodkan lebih kurang 540 orang mangsa. Jumlah ini tidak termasuk mangsa yang tidak berpindah kepusat pemindahan. Semua PPS ini telah ditutup secara rasmi jam 5 petang tadi setelah JPBD mengambil kira beberapa faktor penting.
Seorang mangsa yang ditempatkan di PPS Kolej Vokasional, Darwin Bin Kaptan (49) berkata walaupun diuji dengan kesukaran, pengalaman di pusat pemindahan turut membawa pengajaran dan hikmah tersendiri. Selain menerima bantuan yang mencukupi, mangsa juga mendapat peluang merapatkan hubungan sesama mereka dan menyaksikan keprihatinan masyarakat dalam membantu mereka yang memerlukan.
" saya kagum dan memuji kecekapan jawatankuasa yang diketuai pegawai daerah dalam menguruskan pusat pemindahan, semua keperluan disediakan dengan baik, dan mangsa tidak dibiarkan berasa terpinggir" katanya.
Beliau turut berasa bersyukur kerana makanan yang disediakan mencukupi dan enak, hasil daripada sumbangan orang ramai dan usaha petugas yang bekerja tanpa jemu.
'Salah satu pengalaman yang membuat saya tidak bosan adalah peluang untuk menonton wayang percuma, berhibur dan menyanyi bersama-sama penduduk lain. Saya juga tidak risau tentang kesihatan saya kerana pejabat kesihatan sentiasa ada untuk kami" katanya.
"keseronokan yang saya rasakan di sini kadang membuat saya terfikir untuk tidak mahu lagi kembali ke rumah, namun sya sedar, saya mempunyai keluarga danharta benda yang lebih penting untuk saya fikirkan" tambahnya dalam nada sayu.
Bagi Puan Aminah Maharan, 55, yang ditempat di PPS sama berkata beliau dan keluarga bersyukur kerana bantuan dan layanan yang diberikan oleh semua yang terlibat terutamanya pasukan keselamatan.
"Saya amat terharu dengan keprihatinan mereka, terutama polis, anggota bomba dan pertahanan awam yang membantu membawa saya dan keluarga dengan selamat," katanya lagi.
Beliau turut menasihatkan pada mana - mana mangsa yang di tempatkan di PPS untuk redha dengan ujian ini dan tidak banyak mengadu keranamenurutnya semua orang berada dalam keadaan yang sama, dan pihak berwajib serta sukarelawan sudah melakukan yang terbaik untuk membantu mangsa.
" Mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah, kita perlu lebih fokus kepada usaha untuk bangkit semula. Pengalaman ini mengajarnya saya untuk lebih menghargai apa yang saya miliki dan belajar untuk menerima setiap ujian dengan hati terbuka " katanya dengan mata yang sayu.
Selain itu,Encik Mohd Naslan (32) yang ditempatkan di PPS Kolej AVTC pula turut berkongsi bahawa salah satu perkara yang paling bermakna baginya adalah peluang untuk mengenali ramai kenalan baharu.
Menurutnya, sebelum ini dia hanya mengenali beberapa orang di kawasan perumahannya, tetapi berada di pusat pemindahan menjadikannya lebih rapat dengan ramai penduduk lain.
" Banjir yang dianggap sebagai musibah sebenarnya turut membawa hikmah apabila ia memperkuatkan lagi ikatan persaudaraan dalam komuniti.
Beliau turut merakamkan penghargaan buat semua jawatankuasa yang bertugas terutamanya kepada Pegawai Daerah yang menurutnya seorang pemimpin yang sukar di cari ganti.
Sebelumnya, Pengerusi JPBD Lahad Datu, Tuan Firuz Idzualdeen ketika dihubungi memaklumkan bahawa satu mesyuarat khas akan diadakan bersama semua jabatan dan agensi yang berkaitan untuk menyelaraskan tugas Pasca Banjir terutamanya melibatkan bantuan dan wang ihsan.
SYABAS DARI KAMI BUAT SEMUA FRONTLINER BENCANA.....
KENANGAN - PARA FRONTLINER SELEPAS PENUTUPAN PPS


















Galeri Gambar
















-GAMBAR - CREDIT TO JAPEN LD FB PAGE-
- BERITA & PELAPORAN OLEH | KAKITERJAH LDinsider -