





RAIKAN PERAYAAN SEMUA KAUM DEMI MENGUKUH DAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM
BERITA TEMPATANTERKINI
LAHAD DATU, 22 Januari 2025 –(LDinsider) Masyarakat di daerah ini diseru untuk terus meraikan perayaan semua kaum kerana ia adalah asas penting dalam membina keharmonian antara kaum dan sebagai langkah memperkukuh perpaduan di negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan tradisi seperti Sabah.
Menurut Pemimpin Pembangunan Masyarakat N61. Segama, Datuk Mizma Appehdullah, perayaan kaum seperti hari raya aidilfitri tahun baru cina, pesta kaamatan, , deepavali, dan krismas bukan sahaja mempererat hubungan di kalangan komuniti tetapi juga memberi peluang kepada rakyat untuk berkongsi kegembiraan.
“Sabah adalah contoh terbaik perpaduan kaum di Malaysia, dan ini dapat dilihat melalui sambutan perayaan yang melibatkan semua masyarakat tanpa mengira agama atau etnik yang sentiasa sama-sama diraikan demi menghormati budaya serta tradisi masing-masing,” kata nya lagi.
Tambah beliau, meraikan perayaan semua kaum tidak hanya melibatkan penghormatan terhadap tradisi dan budaya kaum lain, tetapi juga melambangkan semangat solidariti sebagai satu bangsa Malaysia.


- Antara jemputan dan tetamu yang hadir dalam majlis yang berlangsung


MIZMA MENYAMPAIKAN KEPALA TARIAN SINGA SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SABAH KEPADA BEBERAPA PERSATUAN MASYARAKAT CINA LAHAD DATU
Wakil Persatuan Hakka Lahad Datu yang juga merupakan Pengerusi DAP Lahad Datu, Encik Oscar Sia Yu Hock ketika ditemubual turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas komitmen yang sentiasa ditunjukkan terhadap keperluan dan kepentingan masyarakat Cina di negeri ini.
" Saya berharap agar perpaduan kaum di Sabah khususnya akan terus kukuh demi memastikan Sabah dapat terus membangun dengan lebih baik dan pesat di bawah pimpinan kerajaan sedia ada” katanya.
Sebanyak 10 buah persatuan/pertubuhan telah menerima sumbangan kepala singa dari kerajaan negeri dan lebih kurang 800 orang hadir dalam majlis hari ini yang terdiri dari pertubuhan pelajar, ibubapa dan jemputan khas.
- BERITA & PELPORAN OLEH | KAKITERJAH LDinsider -
“Kepentingan masyarakat minoriti seperti masyarakat Cina sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Sabah. Jangan jadikan perbezaan sebagai penghalang, tetapi jadikan ia sebagai asas untuk kita sama-sama membina masa depan yang lebih baik kerana semua kaum adalah sebahagian daripada keluarga besar negeri Sabah”. Katanya
Sebelum itu, Pengerusi Lembaga Sekolah Cina Lahad Datu, Encik Thomas Wong dalam ucapan aluannya menyampaikan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri atas sokongan yang diberikan dalam penganjuran acara perayaan ini. Beliau juga memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara tersebut.
“Kepala Singa yang kami terima ini bukan sahaja melambangkan budaya Cina, tetapi juga harapan agar perpaduan dan keharmonian antara semua kaum di Lahad Datu dan negeri Sabah akan terus terpelihara. Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa memberikan sokongan kepada semua kaum untuk meraikan perayaan masing-masing” katanya.



